Melaka (pokok)
Melaka (pokok)

Melaka (pokok)

Pokok melaka (Jawi: ‏ڤوکوق ملاک‎code: ms is deprecated ‎ , nama botani: Phyllanthus emblica) ialah sejenis pokok daun luruh daripada keluarga Phyllanthaceae yang terdapat di kawasan tropika Asia Tenggara dan Asia Selatan.[3] Ia terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan. Nama umum untuk pokok ini termasuk:serta aonla, aola, amalaki, amla berry, dharty, aamvala, aawallaa, emblic, emblic myrobalan, nellikai, nillika, dan usareekai.Lebih banyak cendikiawan dan ahli sejarah bersetuju pada hari ini bahawa negeri Melaka memperoleh namanya daripada nama pokok ini. Jalan fikiran mereka berasas daripada tabiat penduduk tempatan pada masa itu yang suka menamakan tempat mengikuti nama pokok ataupun tumbuhan. Banyak pokok melaka pada masa itu bertumbuh di tebing Sungai Air Lereh.